Abstract:
Ekonomi Malaysia menunujukkan kemajuan dan daya saing yang semakin
memberansangkan. Pencapaian ekonomi Malaysia turut dipengaruhi oleh sektor
pertanian khususnya getah asli. Namun, isu dan masalah juga sering timbul berkaitan
penawaran getah iaitu mengenai bekalan getah yang tidak mencukupi, getah sintatik
yang bersaing dengan getah asli dan kestabilan ekonomi yang saling berkait dengan
penawaran getah. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh mana
hubungan teknologi dan harga getah asli Malaysia dengan penawaran getah asli
Malaysia. Bagi membuktikan objektif ini, analisis telah dijalankan menggunakan perisian
Microflt dan menggunakan model log linear serta menggunakan data siri masa dalam
tempoh 36 tahun iaitu dari tahun 1973 hingga 2009. Data yang diperolehi diuji dengan
menggunakan ujian kepegunan Univariate, Multivariate dan Phillip Perron. Ujian
Granger dijalankan untuk melihat hubungan antara pembolehubah dan turut dijalankan
ujian punca unit Augmented Dickey-Fulfer. Secara keseluruhan hasil yang diperolehi
daripada kajian ini menunjukkan bahawa teknologi dan harga getah asli mempengaruhi
penawaran getah asli secara positif. lni bermakna peningkatan bagi teknologi akan
menyebabkan peningkatan penawaran getah asli dan sebaliknya. Begitu juga apabila
harga getah asli berlaku peningkatan turut menyebabkan penawaran getah asli
meningkat dan sebaliknya.