Abstract:
Kelapa sawit memainkan peranan penting dalam sektor pendapatan di Malaysia.
Penanaman kelapa sawit ini juga merupakan tanaman yang dominan di Malaysia yang
menjadi penyumbang utama keluaran minyak sawit dunia. Satu kajian telah dilakukan di
Ladang Sri Keruing, Gambang bertujuan untuk melihat kecekapan faktor input dalam
pengetuaran ketapa sawit. Satu model pengeluaran dibentuk. Berasaskan data
2001 - 2010, hasil kajian ini mendapati penggunaan faktor input buruh dan baja adalah
masih belum mencapai ke tahap optimum. Kedua- dua faktor input tersebut iaitu buruh
dan baja mengalami hasil sut lebih besar daripada kos sut (MR>MC). Selain itu, hasil
kajian juga mendapati bentuk pulangan adalah dalam bentuk skala pulangan menurun.
Dimana setiap satu peratus pertambahan dalam semua input, output hanya bertambah
sebanyak 0.81. Dengan hal yang demikian, input buruh dan input baja perlu ditambah
bagi mencapai ke tahap optimum di samping menambah kualiti buruh dan baja tersebut