DSpace Repository

Kesanggupan membayar oleh pengunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Show simple item record

dc.contributor.author Norfarhana Zainal Arifin
dc.date.accessioned 2018-11-18T06:32:34Z
dc.date.available 2018-11-18T06:32:34Z
dc.date.issued 2012
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10055
dc.description.abstract Tarikan utama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan adalah sebagai tempat perlindungan hidupan liar gajah yang kini semakin mengalami kepupusan seiringan dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan populasi penduduk. Berikutan dengan itu, semenjak pusat perlindungan ini dibuka untuk kunjungan orang ramai telah banyak kemudahan sosial telah dibangunkan untuk keselesaan pengunjung. Peranan yang dimainkan Pusat Konservasi Gajah adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan meningkatkan kualiti sumber alam semulajadi. Sumber alam yang terhad ini penting untuk dilindungi supaya faedah dan peranan yang sedia ada dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh itu, wujud persoalan utama bagi menentukan nilai bayaran masuk ke Pusat Konservasi Gajah yang perlu dikenakan kepada pengunjung. Maka, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti nilai kesanggupan membayar bagi bayaran masuk ke Pusat Konservasi Gajah ini melalui aplikasi Kaedah Penilaian Kontingen. Sebanyak 120 borang soalselidik telah diedarkan. Hasil keputusan menunjukkan purata kesanggupan membayar untuk satu kunjungan adalah sebanyak RM 4.38. Nilai tersebut mewakili nilai bayaran masuk bagi mereka yang berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah pada masa hadapan. Kesanggupan membayar ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu sebagaimana yang dibincangkan di dalam kajian ini. Namun begitu, ketidaksanggupan membayar oleh responden juga diberi tumpuan pada kajian ini. Keputusan kajian juga memberi implikasi kepada pihak pengurusan Pusat Konservasi Gajah dalam menilai kesesuaian bayaran masuk bagi setiap kunjungan di masa akan datang. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 41 FPE 1 2012 en_US
dc.subject Norfarhana Zainal Arifin en_US
dc.title Kesanggupan membayar oleh pengunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account