Abstract:
Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengupas penggunaan elektrik di negara
Malaysia menggunakan pendekatan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan jumlah populasi
sebagai alat untuk mengkajinya. Umumnya, pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan jumlah
populasi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan penggunaan tenaga
elektrik dalam sesebuah negara. maka Kajian ini telah mengguna pakai data siri masa untuk
mengukur kadar penggunaan tenaga elektrik. Hasil keputusan kajian dengan jelas
menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan jumlah populasi mempengaruhi
penggunaan tenaga elektrik di Malaysia. Keputusan kajian ini juga seiring dengan penemuan
kajian terdahulu, di mana semakin meningkat pertumbuhan ekonomi dan jumlah populasi
semakin meningkat penggunaan tenaga elektrik. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah
mengetahui punca mengapa penggunaan tenaga elektrik di negara kita ini semakin meningkat
disebabkan oleh faktor-faktor yang mempengaruhinya.