Abstract:
Penubuhan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di negeri-negeri seluruh Malaysia
membolehkan urusan kutipan dan agihan zakat dilaksanakan dengan lebih cekap
dan berkesan. Waiau bagaimanapun, faktor kelemahan sedia ada yang masih
membelenggu seperti ketidakcekapan pengurusan, struktur pentadbiran, sistemsistem
agihan, latihan, kualiti pengoperasian yang masih boleh dipertingkatkan lagi
tidak harus dipandang ringan bagi meyakinkan masyarakat Muslim untuk terus
menyokong institusi zakat seluruh negeri di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini
dilakukan dengan objektif mengkaji kecekapan peranan yang dimainkan oleh PPZ
dalam menguruskan kutipan serta agihan zakat bagi seluruh negeri di Malaysia.
Analisis DEA digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir bagi menjawab objektif
kajian yang sebenar. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa hanya dua buah PPZ
sahaja yang mencapai kecekapan iaitu PPZ di Perlis dan Sabah. lmplikasi daripada
hasil kajian ini, PPZ yang tidak cekap harus melaksanakan pelan tindakan
bersepadu melibatkan tiga pihak utama iaitu pihak agensi zakat, para penerima
agihan zakat dan pihak kerajaan bagi memastikan keberkesanan agihari zakat dalam
meningkatkan ekonomi ummah.