Abstract:
Peningkatan kadar inflasi dan peningkatan kadar cukai yang ditetapkan oleh
kerajaan amat mempengaruhi corak penggunaan isi rumah. Dimana perbelanjaan
penggunaan isi rumah juga turut bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan
ekonomi global. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan
responden dipilih secara rawak menggunakan borang· soal selidik. Sebanyak 50
borang soal selidik telah diedarkan dikawasan bandar dan dikawasan luar bandar.
Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan ujian khai kuasa dua bagi
ketidaksandaran bagi membezakan kesan inflasi dan kesan cukai ini terhadap
penduduk dikawasan bandar dan luar bandar. Secara keseluruhanya hasil kajian
mendapati kesan inflasi dan kesan cukai ini amat memberi kesan negatif kepada
penggunaan masyarakat.