Abstract:
Pertumbuhan ekonomi merupakan keadaan yang menunjukkan perkembangan
kegiatan ekonomi dari tahun ke tahun.Pertumbuhan ekonomi juga dikenali sebagai
peratusan perubahan pertumbuhan KDNK.Sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan
merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan di Malaysia. Terdapat
hubungan positif diantara sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan KDNK jika
diambil dalam jangka masa 10 tahun,.Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk
menganalisis pertumbuhan ekonomi dan seterusnya melihat kepada apakah kesan
pertumbuhan ekonomi ini kepada sektor pembuatan dan sektor perkhidmatandi
Malaysia. Diantara kaedah yang digunakan untuk menganggar pembolehubah kajian
ialah Ujian Kepegunan yang mana telah melibatkan ujian Augmented Dickey-Fuller
(ADF), Ujian Ko-integrasi Johansen Juselius dan Ujian Penyebab Granger. Oleh itu,
berdasarkan kepada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa wujud
hubungan kointegrasi antara pembolehubah kajian berdasarkan kepada ujian punca
unit. Dalam pada itu, kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan yang boleh
digunakan oleh pengubal polisi dan badan-badan yang berkaitan.