Abstract:
Sektor perikanan laut dalam memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembangunan sosial dan ekonomi negara. Objektif utama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran ikan di Pantai Timur.
Hal ini adalah kerana sejak kebelakangan ini hasil pendaratan ikan semakin
berkurangan dalam industri perikanan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa
faktor harga ikan, jenis vessel bersaiz kecil dan vessel bersaiz sederhana besar
adalah menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap pendaratan ikan.
Walaubagaimanapun, jenis vessel bersaiz besar mempunyai hubungan yang tidak
siginfikan terhadap pendaratan ikan. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan
analisis regrasi berbilang, analisis fixed-effect dan analisis random-effect. Kajian ini
juga mencadangkan beberapa implikasi dasar untuk dijadikan sebagai panduan
dalam pembuatan keputusan oleh penggubal dasar disamping mampu untuk
mempertingkatkan hasil pendaratan ikan laut dan seterusnya berdaya saing di
peringkat antarabangsa.