Abstract:
Sektor perikanan akukultur memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembangunan sosial clan ekonomi negara. Sektor ini juga berpotensi sebagai
penyumbang terbesar kepada basil pendapatan negara. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara polisi kerajaan terhadap
pembangunan akuakultur. Oleh demikian kerana, sejak kebelakangan ini industri
akuakultur tidak mengalami pencapaian yang baik. Kajian ini dijalankan adalah
berdasarkan analisis multiple regression, analisis fixed-effect model dan analisis
random-effect model. Hasil keputusan kajian mendapati bahawa wujud hubungan
signifikan antara pembolehubah bebas iaitu buruh dengan skala pengeluaran. Selain
itu, wujud pembolehubah bebas lain yang tidak mempengaruhi terhadap skala
pengeluaran iaitu harga runcit dan basil pengeluaran akuakultur. Kajian ini juga
mencadangkan implikasi dasar atau polisi kerajaan untuk dijadikan panduan bagi
pemacu kemajuan akuakultur disamping berdaya saing di peringkat antabangsa.