Abstract:
Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan globalisasi terhadap kuasa beli pengguna di
Malaysia sepanjang tempoh 1980-2009. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur
sejauh mana peningkatan indeks globalisasi memberi kesan terhadap pola kuasa
beli pengguna Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah ekonometrik siri masa iaitu
ujian Kepegunan, ujian Kointegrasi Johansen, dan ujian Kointegrasi Engle-Granger
dan ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) untuk mengesan hubungan
jangka masa panjang dan pendek di antara pola globalisasi dan kuasa beli pengguna
Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan jangka masa
panjang iaitu kesan globalisasi terhadap kuasa beli pengguna di Malaysia.