Abstract:
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelanggan terhadap
perkhidmatan KWSP di Negeri Terengganu. Jabatan KWSP yang dipilih adalah KWSP Kuala
Terengganu. Berdasarkan data soal selidik daripada 100 responden di KWSP Kuala
Terengganu, hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 98 orang daripada 100 orang berpuas
hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP. Analisis deskriptif digunakan untuk
menghuraikan pemasalahan kajian. Berdasarkan hasil dapatan tersebut, ulasan diberikan dari
segi peratus kekerapan pelanggan KWSP mengikut tahap kepuasan yang telah ditetapkan.