Abstract:
lndustri pelancongan merupakan industri yang sangat penting bagi sesebuah
negara. Oleh itu,untuk memastikan insdustri ini berkembang, kajian yang lebih teliti
perlu dijalankan. Kajian ini menggunakan model ARIMA yang bertujuan untuk
mengkaji faktor- faktor kemeruapan yang mempengaruhi kehadiran pelancong Arab
ke Malaysia dan kuasa beli domestik. Pada kebiasaannya, model ARIMA digunakan
untuk meramal permintaan pelancongan pada masa hadapan. Kajian ini mengambil
kira data bulanan iaitu dari Januari 1995 hingga Disember 2010 kehadiran pelancong
dari Arab atau dari Asia Barat terhadap lndek Harga Pengguna. Hasilnya kaedah
ARIMA akan menunjukkan permintaan pelancongan terus meningkat tetapi secara
tidak sekata dimana berlaku kemeruapan pada bulan- bulan tertentu dengan
menggunakan ARIMA(1, 1, 1) dan ARIMA(1, 1,2). Kesimpulannya, model ARIMA
memberi peramalan bahawa kehadiran pelancong Arab ke Malaysia disebabkan oleh
lndeks Harga Pengguna Malaysia