DSpace Repository

Impak teknologi dan harga terhadap pengeluaran buah sawit di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Haslina Ludin
dc.date.accessioned 2018-11-21T02:39:16Z
dc.date.available 2018-11-21T02:39:16Z
dc.date.issued 2012
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10150
dc.description.abstract Malaysia adalah sebuah negara yang menunjukkan kemajuan dari sektor pertanian terutamanya dalam pengeluaran kelapa sawit. Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia dan mengetuai negara dalam tempoh menanam dan memproses kelapa sawit. Pencapaian ekonomi Malaysia juga dipengaruhi oleh sektor pengeluaran buah sawit di Malaysia. Hal ini demikian kerana, kelapa sawit adalah sumber pertanian yang paling utama di negara Malaysia. Namun, isu dan masalah juga sering timbul berkaitan pengeluaran buah sawit di Malaysia iaitu disebabkan tenaga buruh yang tidak mencukupi, pencemaran dari ladang kelapa sawit, permintaan dunia yang tidak stabil dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh manakah hubungan teknologi dan harga kelapa sawit di Malaysia terhadap - pengeluaran buah sawit di Malaysia. Bagi membuktikan objektif ini, analisis telah dijalankan dengan menggunakan perisian Microfit dan dengan menggunakan model log linear serta menggunakan data siri masa dalam tempoh 31 tahun iaitu dari tahun 1978 hingga 2008. Data yang diperolehi diuji dengan menggunakan ujian kepegunan Univariate, Multivariate dan Phillip Perron. Ujian Granger dijalankan untuk melihat hubungan antara pembolehubah dan turut dijalankan ujian punca unit Augmented Dickey-Fuller. Secara keseluruhan hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa teknologi dan harga buah sawit mempengaruhi pengeluaran buah sawit secara positif. lni bermakna peningkatan bagi teknologi akan menyebabkan peningkatan pengeluaran buah sawit dan sebaliknya. Begitu juga apabila harga buah sawit berlaku peningkatan turut menyebabkan pengeluaran buah sawit meningkat dan sebaliknya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 12 FPE 1 2012 en_US
dc.subject Haslina Ludin en_US
dc.title Impak teknologi dan harga terhadap pengeluaran buah sawit di Malaysia en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account