Abstract:
Kajian ini menilai hubungan antara harga pasaran getah terhadap turun naik pengeluaran
getah Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik berasaskan data berbentuk tahunan
sepanjang tempoh tahun 1975 hingga 2009 telah diguna pakai. Penggunaan kaedah Kointegrasi
Gregory-Hansen dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan jangka
panjang. Bagi melengkapkan penemuan analisis ko-integrasi, kajian ini menilai hubungan
melalui Ujian Penyebab Granger dan membuktikan bahawa harga mempengaruhi
pengeluaran getah di Malaysia. Sementara, kaedah penganggaran model vektor
pembetulan ralat (VECM) pula diaplikasikan menunjukkan wujudnya penyelarasan
jangka masa pendek. Secara keseluruhan, hasil penemuan kajian ini menunjukkan
bahawa harga pasaran getah dorninan dalam menentukan pengeluaran getah; tetapi
pengeluaran getah pula tidak mempunyai kaitan dalam menentukan harga pasaran.