Abstract:
Kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara bekalan wang serta
pengangguran di Malaysia sepanjang tempoh 1989-2008. Tujuan utama kajian
ini adalah untuk mengetahui hubungan antara bekalan wang dan kadar
pengangguran. Penyelidikan ini menjalankan banyak ujian untuk membuktikan
kaitan antara bekalan wang dan kadar pengangguran. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa M2 dan KP mempunyai hubungan dalam jangka panjang.
Untuk melengkapi penemuan analisis kointegrasi, kajian ini mengukur hubungan
pembolehubah melalui Ujian Penyebab Granger dan mendapat bukti kuat
bahawa ko-integrasi sehala dan juga dua hala antara M2 dan KP telah wujud
dalam jangka panjang dan jangka pendek. Kajian ini juga menggunakan
langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengatasi keadaan kadar
pengangguran yang tidak stabil di Malaysia.