Abstract:
Sektor perikanan marin merupakan salah satu sektor penting dalam pengembangan ekonomi Malaysia pada masa sekarang. Sebagaiman yang diketahui, pasaran perikanan marin amat luas dan penting di Malaysia kerana ikan merupakan sun1ber protein yang penting kepada masyarakat. Tujuan dari kajian ini adalah untuk mendapatkan informasi tentang kecekapan dan potensi sektor perikanan di Malaysia. Kajian ini dilihat melalui pembolehubah-pembolehubah iaitu bilangan bot, bilangan
nelayan, bilangan pekakas bagi input manakala kuantiti pendaratan dan nilai ikan dijadikan sebagai output. Metologi kajian yang digunakan adalah melalui analisis deskriptif dan Analisis Penyampulan Data iaitu DEA (Data Envelopment Analysis). Kaedah DEA adalah kaedah untuk melihat kecekapan dalam bagi input dan output yang digunapakai. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan hanya beberapa negeri sahaja mencapai skala kecekapan dalam sektor perikanan marin di Malaysia. Walaupun keadaan industri perikanan di Malaysia masih ketinggalan tetepi ia menunjukkan tanda positif dari tahun ke tahun. Pendaratan dan basil perikanan marin didapati semakin meningkat dan telah berkembang dengan adanya pembangunan dan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta.