DSpace Repository

Analisis corak perbelanjaan pelajar institusi pengajian tinggi (kajian kes di UMT)

Show simple item record

dc.contributor.author Chow Aie Ling
dc.date.accessioned 2018-11-21T03:23:50Z
dc.date.available 2018-11-21T03:23:50Z
dc.date.issued 2010
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10192
dc.description.abstract Perbelanjaan merupakan kemestian bagi pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam segala aspek kehidupan seharian untuk bersara hidup semasa tempoh melanjutkan pelajaran di universiti. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis corak perbelanjaan pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, yang memfokuskan kawasan kajian kes iaitu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). lnflasi Malaysia telah menyebabkan kos perbelanjaan pendidikan dan kos sara hidup pelajar semakin meningkat dari setahun demi setahun. Oleh kerana kewangan terhad yang diterima oleh pelajar, maka corak perbelanjaan pelajar adalah amat penting diuruskan dengan baik supaya dapat menjalani kehidupan dengan lancar di universiti. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar UMT. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0. Hasil kajian menunjukkan pendidikan dan pembelajaran, makanan, dan penginapan merupakan antara peratusan perbelanjaan yang tertinggi kerana rnerupakan barang mesti sebagai seseorang pelajar IPT. Berdasarkan model regreasi berbilang yang dibentuk, didapati aliran pendidikan, tempat penginapan, dan gelagat pelajar merupakan pembolehubah-pembolehubah yang memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT, manakala pendapatan, jantina, dan tempat asal responden adalah tidak memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, R bemilai 0.614 dan R2 bemilai 0.377 rnenunjukkan bahawa semua pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah rnemberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT. Selain itu kajian ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk memberi maklumat kepada pelbagai pihak bagi membantu pelajar IPT pengurusan corak perbelanjaan dengan kewangan yang terhad secara bijak bagi melancarkan kehidupan di universiti. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 8 FPE 1 2010 en_US
dc.subject Chow Aie Ling en_US
dc.title Analisis corak perbelanjaan pelajar institusi pengajian tinggi (kajian kes di UMT) en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account