Abstract:
Kajian ini adalah untuk membuat analisis permintaan pengguna di kawasan bandar Kuala Terengganu. Permintaan merupakan kesanggupan dan keinginan pengguna memperuntukkan pendapatan mereka terhadap barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan dan kehendak mereka untuk memaksimumkan utiliti dan kepuasannya. Permintaan masyarakat Melayu yang semakin menggemari masakan cina. Sayangnya
masakan ini sukar ditemui kerana faktor status halal. Corak permintaan adalah berbeza bagi setiap individu di mana bangsa, gaya hidup dan budaya setiap individu adalah berbeza. Hasil kajian menunjukkan industri makanan cina mempunyai potensi yang besar untuk terus bertambah agar mengalakkan ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia. Model yang dibina menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar
dan tidak bersandar dalam fungsi matematik. Kajian ini juga mendapati pembolehubah umur, kekerapan pengguna berbelanja di restoran, bangsa, citarasa dan halal mempengaruhi jumlah pemintaan pengguna di kawasan bandar. Secara keseluruhan, nilai R2 dalam analisis ini adalah 0.352 yang menunjukkan pembolehubahpembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu jumlah permintaan secara keseluruhan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk
digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara