Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi wanita melibatkan diri dalam bidang pemiagaan khususnya peniaga wanita di Pasar Besar Siti Khadijah. Kajian ini menguji faktor-faktor seperti minat, menambahkan pendapatan dan kepuasan kerja yang mempengaruhi bilangan penyertaan wanita dalam berniaga. Soal selidik dijalankan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada
150 orang peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan Darul Nairn. Hasil kajian yang diperolehi daripada analisis diskriptif terhadap latar belakang responden dan pemiagaan yang dijalankan oleh responden. Selain itu, analisis silang terhadap faktor demografi turut dilakukan terhadap faktor minat, faktor meningkatkan pendapatan dan
faktor kepuasan kerja. Hasil analisis mendapati terdapat pengaruh antara demografi responden terhadap pemboleh ubah bebas dalam mempengaruhi bilangan penyertan wanita dalam bemiaga.