Abstract:
lndustri perkhidmatan pada hari ini telah wujud sebagai salah satu pemain yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Namun begitu, fenomena perletakkan jawatan pada kadar yang tinggi di industri perkhidmatan terutamanya sektor penghotelan telah memberi masalah kepada pihak pengurusan atasan di mana secara relatifnya ia akan
membawa ketidakcekapan bagi organisasi tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara faktor demografi seperti umur, taraf perkahwinan, taraf pendidikan, dan tempoh lama berkidmat serta faktor yang berkaitan dengan kerja iaitu gaji bulanan dan faedah sampingan dengan kecenderungan meletak jawatan di kalangan kakitangan pihak pengurusan dan pihak bukan pengurusan di dalam sektor
penghotelan. Sebanyak 100 responden telah terlibat dalam kajian ini untuk menjawab borang seal selidik yang telah disediakan. Selepas mengutip data, data tersebut dianalisi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science software (SPSS) versi 17.0. Melalui kaedah logistik regresi, hasil kajian ini mendapati tiga daripada hipotesis yang dibentuk adalah signifikan, manakala hanya faktor demografi
seperti taraf perkahwinan dan tempoh lama berkhidmat serta faktor faedah sampingan adalah tidak signifikan. Ketiga-tiga faktor yang signifikan adalah terdiri daripada faktor umur, faktor taraf pendidikan dan faktor gaji bulanan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan telah disediakan kepada pihak atasan untuk mengurangkan kadar meletak
jawatan di kalangan pekerja-pekerja tersebut.