Abstract:
Kajian ini adalah untuk membuat analisis kecekapan dalam firma elektronik di Malaysia. Kecekapan merujuk kepada tahap penggunaan seluruh input untuk menghasilkan output, iaitu kecekapan yang merujuk kepada biaya terkecil secara teori yang digunakan
untuk menghasilkan satu aras output berbanding dengan biaya sebenamya. Dalam kajian ini, objektif yang dijalankan adalah untuk mengkaji bagaimana gabungan input dan output dapat meningkatkan kecekapan firma elektronik di Malaysia. Kajian ini dibuat dengan menggunakan Analisis Penyampulan Data (DEA). Dilakukan terhadap 10 buah firma elektronik yang terpilih. Hasil didapati secara keseluruhan firma LG ,Fuji, Hitachi dan Philip yang dapat mencapai kecekapan. Sebaliknya firma Toshiba dan Mitsubishi tidak cekap dalam pengeluaran. Kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara.