| dc.description.abstract |
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah sebuah rancangan pembangunan wilayah yang terancang lagi seimbang, selaras dengan wawasan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Pennasalahannya adalah sejauhmana projek ECER ini dapat meningkatan kualiti hidup rak:yat Kuala Terengganu. Justeru itu, objektif kajian ini adalah menganalisis implikasi pembangunan ECER terhadap kualiti hidup masyarakat Kuala
Terengganu dan implikasi pembangunan projek ECER. Seramai 100 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dengan menjawab borang soal selidik yang disediakan. Selepas pengumpulan data, data-data ini telah dianalisiskan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) version 16.0. Pembolehubah bersandar, kualiti hidup masyarakat akan diuji dengan setiap pembolehubah tak bersandar seperti fakta ekonomi, taraf
kesihatan, sistem pengangkutan, fakta sosial, fakta alam sekitar dan taraf pendidikan secara individu. Secara keseluruhannya, dapatan dari SPSS telah menunjukkan bahawa majotiti responden bersetuju bahawa pembangunan projek ECER telah memberi impale positif terhadap mereka dari segi perturnbuhan ekonomi, sosial dan pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. |
en_US |