Abstract:
Pembiayaan syariah merupakan satu cara pembiayaan pinjaman yang amat tersohor dan ditawarkan dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji samada jumlah, pembiayaan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini mempunyai tiga objektif yang telah dibentuk iaitu mengenalpasti hubungan diantara pembiayaan secara syariah dan
pertumbuhan ekonorni Malaysia, dan menganalisis kesan kepelbagaian konsep pembiayaan syariah kepada pertumbuhan ekonorni Malaysia. Seterusnya, kajian ini turut mengkaji sumbangan pembiayaan oleh pelbagai institusi kepada pertumbuhan ekonorni. Bagi mencapai objektifkajian yang pertama, kaedah yang digunakan adalah
model regrasi mudah manakala objektif kedua dan ketiga pula menggunakan model panel data daripada tahun 2007 sehingga 2009. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan wujud hubungan yang negatif antara jumlah pembiayaan dan pertumbuhan ekonorni. Namun begitu, kepelbagaian konsep pembiayaan syariah dan institusi perbankan tidak mempengaruhi pertumbuhan ekonorni negara.