Abstract:
Menyediakan satu institusi perbankan Islam yang berdasarkan konsep asas syariah merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam dan menjadi kewajipan bagi umat Islam menguna pakai perbankan Islam bagi menghindarkan kebergantungan umat Islam terhadap produk yang tidak mengikut syarak. Permintaan yang tinggi terhadap produk perbankan Islam telah mendorong pihak tertentu untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan atau produk dalam perbankan Islam dan pada masa sekarang, hampir kesemua institusi perbankan konvensional ada menyediakan perkhidmatan atau produk perbankan Islam.
Waiau bagaimanapun, terdapat desas-desus yang menyatakan institusi
perbankan Islam di Malaysia pada ketika ini hanyalah celupan daripada
perbankan konvensional. Berikutan timbulnya permasalahan untuk menganalisis pengendalian produk perbankan Islam mengikut prinsip asas syariah, maka kajian ini adalah untuk mengkaji keselarian antara pengendalian produk perbankan Islam dengan prinsip asas syariah. Mengikut kaedah aduktif deduktif, hasil dapatan kajian menunjukkan tidak semua institusi perbankan Islam di Malaysia benar-benar mematuhi prinsip asas syariah dalam pengendalian ke atas semua perkhidmatan atau produk perbankan Islam yang ditawarkan.