DSpace Repository

Peramalan krisis kewangan masa hadapan : Sistem Mahalanobis Taguchi (MTS)

Show simple item record

dc.contributor.author Nur Azielia Nadia Kamal
dc.date.accessioned 2018-11-21T03:39:14Z
dc.date.available 2018-11-21T03:39:14Z
dc.date.issued 2010
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10211
dc.description.abstract Secara umumnya, kajian ini bertujuan menganalisis kesan krisis dan kejutan di dalam ekonomi yang dialami oleh Malaysia pada waktu krisis kewangan 1997, dan juga mengkaji kesesuaian model yang digunapakai bagi peramalan krisis kewangan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Perrnasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah Malaysia tidak dapat meramal krisis kewangan yang bakal berlaku pada masa hadapan disebabkan tidak mempunyai model peramalan yang tepat. Melalui model peramalan yang tepat Malaysia sememangnya dapat bersedia untuk mengendalikan krisis tersebut dengan lebih cekap. Dengan menggunakan model Maha/anobis Taguchi System (MTS) pemasalahan yang timbul daripada kajian ini dapat diselesaikan. Melalui pengenalpastian dua kumpulan yang akan dijadikan sampel kajian, iaitu syarikat berrnasalah dan syarikat tidak berrnasalah yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Data diambil dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dimana ketiga-tiga tahun yang diambil sebagai sampel sememangnya tahun yang terkesan oleh krisis kewangan pada tahun 1997. Melalui pengenalpastian kedua kumpulan tersebut, sebanyak sembilan pembolehubah digunakan dalam meramal krisis kewangan iaitu iaitu hasil (Xi1 ), untung rugi sebelum cukai (Xi2), susutnilai (Xi3), aset tetap (Xi4), jumlah aset jangka panjang (Xi5), jumlah aset (Xi6), jumlah liabiliti (Xi?), jumlah rizab (Xi8) dan dana pemegang saham (Xi9). Dengan menggunakan langkah didalam model Mahalanobis Taguchi System (MTS) hasilnya kesembilan pembolehubah ini sangat tepat untuk digunakan dalam membuat peramalan krisis kewangan pada masa hadapan. Melalui hasil kajian juga, kesan daripada krisis dan kejutan ekonomi dapat dianalisis dalam menentukan model peramalan yang sesuai untuk diaplikasikan kelak. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 42 FPE 1 2010 en_US
dc.subject Nur Azielia Nadia Kamal en_US
dc.title Peramalan krisis kewangan masa hadapan : Sistem Mahalanobis Taguchi (MTS) en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account