Abstract:
Sektor perkhidmatan merupakan penjana kepada pertumbuhan ekonomi Negara melalui industri perhotelan. Industri perhotelan di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat berikutan daripada galakan pihak kerajaan melalui program yang dilaksanakan seterusnya peluang yang terbuka luas dalam industri ini. Perkembangan industri perhotelan telah membawa kepada persaingan yang tinggi dan hanya hotel yang
beroperasi di tahap paling cekap boleh bersaing dalam industri ini. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kecekapan industri perhotelan di negeri Sabah khususnya hotel yang bertaraf tiga bintang. Data kajian diperoleh secara terus daripada pihak pengurusan hotel bagi hotel yang terpilih dengan menggunakan borang soal selidik. Model DEA (Data
Envelopment Analysis) digunakan bagi tujuan analisis untuk melihat tahap kecekapan hotel yang terpilih. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menunjukkan kebanyakan hotel berada pada tahap kecekapan yang rendah, namun begitu ada juga hotel yang mencapai tahap kecekapan yang tinggi seperti Hotel Tang Dynasty, Hotel Capital, Hotel
The Jesselton, Hotel Ruby dan Hotel Shangri-La. Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara yang boleh menolong pengurus hotel mencapai tahap cekap dan memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat