| dc.description.abstract |
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencari hubungan yang wujud antara pembolehubah-pembolehubah makroekonomi iaitu pertumbuhan ekonomi negara Malaysia dengan pembentukan modal tetap kasar. Kajian ini juga menganalisis tren pembolehubah-pembolehubah makroekonomi dari tahun 1982 hingga 2007. Dalam kajian ini, pembolehubah makroekonomi terdiri daripada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia, pembentukan modal tetap kasar, pelaburan langsung asing, guna tenaga dan eksport. Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) digunakan di dalam analisis kajian ini bagi mengkaji sama ada wujud hubungan jangka panjang atau hubungan jangka pendek di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Selain itu juga, beberapa ujian dijalankan iaitu ujian kepegunan menggunakan ujian Augmented Dickey-Fuller (ADF) dan Ujian Philip-Perron (PP), Ujian kointegrasi, dan ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Secara keseluruhan, keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan pembentukan modal tetap kasar dalam jangka masa panjang dan bukan dalam jangka masa pendek. Ini kerana pembolehubah makroekonomi tidak dapat berubah dalam jangka masa pendek dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mempengaruhi antara satu sama lain. Selain itu, basil kajian juga menunjukkan bahawa pembentukan modal tetap kasar, guna tenaga, eksport dan pelaburan langsung asing berhubung secara positif dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hasil daripada dapatan kajian mencadangkan bahawa pelbagai insentif dalam menjana modal tetap kasar harus diambil oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta supaya ekonomi negara Malaysia dapat ditingkatkan. |
en_US |