DSpace Repository

Kajian taburan saiz sedimen, kepelbagaian komposisi kimia dan perubahan profil pantai di sepanjang pantai Dungun

Show simple item record

dc.contributor.author Noor Salina Wati Abu Kasin
dc.date.accessioned 2018-11-21T04:29:29Z
dc.date.available 2018-11-21T04:29:29Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10278
dc.description.abstract Kajian taburan saiz sedimen, kepelbagaian komposisis kimia dan perubahan profil pantai telah dijalankan di Pantai Kampung Rantau Abang hingga Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perbezaan tabuan saiz sedimen, komposisi dan bentuk profil pantai di setiap stesen kajian. Di sepanjang keduadua pantai tersebut, stesen kajian telah dibahagikan kepada lapan stesen di mana jarak bagi setiap stesen adalah 1.5 km hingga 1.8 km. Penyampelan di setiap stesen tersebut dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan September 2006, November 2006 dan Januari 2007. Penyampelan bagi data profil pantai merangkumi kawasan berm sehingga kawasan low tide (LT) pantai. Bagi tujuan analisis sedimen pula, penyampelan dilakukan dari kawasan high tide (HT), mid tide (MT) dan low tide pantai. Sepanjang tempoh kajian, perubahan profil pantai yang berlaku di setiap stesen sentiasa berubah mengikut masa. Dalam kajian ini juga didapati bahawa pasir kasar, sisihan hampir sempurna, kepencongan sangat negatif dan kurtosis paling leptokurtik telah mendominasi kawasan kajian. Julat purata min didapati di antara 0.40 phi hingga 1.03 phi; julat purata sisihan ialah antara 0.49 phi hingga 0.82 phi; julat purata bagi kepencongan pula adalah antara - 0.09 hingga 0.18 manakala julat purata bagi kurtosis adalah 3.06 hingga 4.79. Julat kecerunan pantai sepanjang tempoh kajian adalah antara 4.43° hingga 9.09°. Komposisi unsur kimia pula terdiri daripada kuarza dan felspar. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 30 FMSM 2 2007 en_US
dc.subject Noor Salina Wati Abu Kasin en_US
dc.title Kajian taburan saiz sedimen, kepelbagaian komposisi kimia dan perubahan profil pantai di sepanjang pantai Dungun en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account