| dc.description.abstract |
Kajian ini mengkaji tentang hubungan antara faktor-faktor penentu pelaburan langsung
asing iaitu kadar pertukaran berkesan benar, nisbah pengembangan wang dan, darjah
keterbukaan ekonomi. Berdasarkan kepada nilai FDI dari tahun 1975 hingga tahun
2005, didapati mempunyai trend yang tidak seimbang dan keadaan ini telah
membimbangkan kerajaan Malaysia untuk terus membangun secara mapan. Oleh itu,
kajian dibuat berdasarkan kepentingan pelaburan langsung asing di Negara Malaysia
yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan Negara. Dengan
menggunakan data siri masa dari tahun 1976 hingga ke tahun 2005, setiap
pembolehubah diuji dengan mengunakan ujian kepegunan, ujian ko-integrasi johansen
dan juga ujian Granger. Hasil ujian mendapati pembolehubah kadar pertukaran
berkesan benar tidak signifikan terhadap pembolehubah pelaburan langsung asing,
nisbah perkembangan wang dan, darjah keterbukaan ekonomi dalam jangka masa
panjang. Manakala, pembolehubah yang lain adalah signifikan antara satu sama lain. |
en_US |