Abstract:
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat impak daripada aktiviti perdagangan
antarabangsa yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti import dan eksport terhadap KDNK
negara. Kajian yang dijalankan juga adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pengaruh
import dan eksport terhadap pertumbuhan KDNK negara. karya-karya terdahulu dijadikan
sebagai sumber rujukan bagi membantu kajian dijalankan. Sebanyak 19 karya kajian
terdahulu digunakan sebagai sumber rujukan dalam melakukan kajian. selain itu kajian yang
dijalankan adalah menggunakan data siri masa selama 30 tahun. Analisis yang dilakukan
keatas data-data tersebut adalah dengan menggunakan perisian microfit. Melalui penggunaan
perisian microfit sistem, data-data bagi setiap pembolehubah dapat di analisis dengan mudah.
Hasil yang diperolehi juga adalah tepat. Kaedah yang digunakan didalam kajian ini adalah
mengunakan ujian kepegunan, ujian ko-integrasi dan ujian penyebab Granger. Hasil daripada
dapatan kajian ini mencadangkan bahawa kestabilan ekonomi dan peningkatan dalam
pertumbuhan ekonomi negara dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk terns kekal
melabur di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan dan
mengalakan aktiviti perdaganagn yang melibattkan aktiviti import dan eksport.