Abstract:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola pemakanan di kalangan pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu berdasarkan kepada aspek-aspek pola pemakanan pelajar di sekolah dan di rumah. lbu bapa juga ertanggungjawab terhadap pemakanan pelajar. Kajian ini telah dijalankan di daerah Kuala Terengganu dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 100 orang responden telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat dan pandangan dalam kajian ini. Soalan di dalam soal selidik ini dibuat sendiri dan diuji dengan perisian SPSS dan mendapat nilai kebolehpercayaan sebanyak 0.6786. Saal selidik ini mengandungi 40 kenyataan yang dikumpulkan mengikut beberapa kategori seperti makanan di kantin sekolah, pola pemakanan harian, kualiti makanan dan penyediaan makanan.
Semua data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk mengira peratusan dan frekuensi. Rumusan dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan kepada pengiraan-pengiraan tersebut. Persembahan hasil kajian dibentangkan dalam bentuk jadual.