DSpace Repository

Migrasi generasi muda Felda : punca dan kesan terhadap sosioekonomi komuniti Felda

Show simple item record

dc.contributor.author Faizah Sahat
dc.date.accessioned 2018-11-21T08:10:10Z
dc.date.available 2018-11-21T08:10:10Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10452
dc.description.abstract Belia Felda merupakan generasi muda yang berumur 16 hingga 40 tahun, dan mereka juga dikenali sebagai generasi ke 2 atau ke 3 atau generasi baru dan juga merupakan pewaris peneroka dalam mengusahakan 10 ekar di penempatan tertentu untuk mengerjakan ladang kelapa sawit ataupun getah khususnya dan juga tempat tinggal di sebuah kampung terancang, tujuan pemberian tersebut adalah untuk perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial serta kestabilan politik negara. Namun kini setelah 50 tahun penubuhan, pihak Felda dan peneroka terpaksa berhadapan dengan masalah di mana tiada pewaris atau dengan kata lain anak-anak Felda ini langsung tidak berminat untuk menyambung pekerjaan ibu bapa mereka dan kebanyakan melakukan migrasi keluar dari Felda bagi mencari peluang pekerjaan lain di sektor-sektor swasta dan juga awam. Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sosioekonomi peneroka dari segi pendapatan, corak kehidupan dan lain-lain lagi. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti punca atau faktor migrasi dikalangan generasi muda Felda dan mengkaji kesan migrasi tersebut terhadap sosioekonomi komuniti Felda. Untuk tujuan ini sebanyak 150 keping soal selidik telah diedarkan kepada belia Felda yang telah migrasi di dua buah Felda di wilayah negeri Johor iaitu Felda Maokil dan Felda Kahang Timur,Kluang, untuk mendapatkan respon mengenai migrasi yang dilakukan. Bagi menjawab objektif kajian ini maklumat-maklumat yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan model yang digunakan adalah model Binari Logit. Hasil yang diperolehi mendapati faktor belia Felda melakukan migrasi adalah untuk mencari pekerjaan dan mereka bermigrasi ketika umur 25 tahun ke atas. Selain itu juga hasil kajian mendapati migrasi yang dilakukan sememangnya memberi kesan kepada keluarga dan responden bagi aspek sosial dan ekonomi, sekurang-kurangnya dua pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah bersandar. Pembolehubah bersandar adalah kesan migrasi dari aspek sosioekonomi kepada keluarga responden iaitu belia Felda itu sendiri. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 10 FPE 2 2009 en_US
dc.subject Faizah Sahat en_US
dc.title Migrasi generasi muda Felda : punca dan kesan terhadap sosioekonomi komuniti Felda en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account