DSpace Repository

Analisis kecekapan antara insurans berkonsepkan Islam dan berkonsepkan konvensional

Show simple item record

dc.contributor.author Fatmasarizan Yusuf
dc.date.accessioned 2018-11-21T08:10:29Z
dc.date.available 2018-11-21T08:10:29Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10453
dc.description.abstract lnsurans adalah merupakan satu institusi yang boleh memberi jaminan dan perlindungan kepada semua orang. Berdasarkan kajian oleh Yao Shujie, Han Zhongwei dan Feng Gengu (2007) menggunakan analisis Penyampulan Data (DEA) mendapati bahawa modal manusia adalah sangat penting untuk kecekapan firma khususnya kepada para pekerja yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Manakala Yang Zijiang (2005) mendapati bahawa insurans hayat dan kesihatan rakyat Kanada beroperasi dengan cekap sepanjang tempoh pemeriksaan. Maka, objektif kajian saya ini adalah untuk mengukur kecekapan antara insurans berkonsepkan islam dan insurans berkonsepkan konvensional berasaskan kaedah DEA dengan menggunakan pembolehubah input dan output yang mana diwakili oleh perbelanjaan dan pendapatan masing-masing. Perbelanjaan adalah terdiri daripada perbelanjaan pengurusan (kos kakitangan, gaji pengarah), perbelanjaan-perbelanjaan lain (dana pemegang syer, dana am) dan tuntutan bersih perlu dibayar (kenderaan bermotor). Manakala pendapatan pula terdiri daripada premium bersih dan keuntugan atau kerugian operasi syarikat insurans. Kajian mendapati bahawa Syarikat Takaful Malaysia adalah salah satu syarikat yang cekap dalam penggunaan input dan pengeluaran outputnya selama dari tahun 2002-2006 dalam tempoh 7 tahun kajian. Selain itu, kajian turut menggunakan data primer melalui soal selidik yang dijalankan ke atas I 00 orang responden di Kelantan. Hasil kajian mendapati faktor insurans yang memberikan jaminan hidup kepada diri dan keluarga, faktor latar belakang institusi insurans dan faktor perbezaan faedah menunjukkan signifikan terhadap pemilihan insurans oleh masyarakat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 12 FPE 2 2009 en_US
dc.subject Fatmasarizan Yusuf en_US
dc.title Analisis kecekapan antara insurans berkonsepkan Islam dan berkonsepkan konvensional en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account