Abstract:
Kajian ini menganalisis pengaruh belanjawan kerajaan, eksport, dan saiz firma ke
atas penswastaan. Data yang digunakan adalah data Perusahaan Awam Bukan
Kewangan (PABK) seluruh Malaysia dari tahun 1985 hingga tahun 2008, dan
menggunakan model ekonometrik mudah untuk membuat pengujian sama ada
pembolehubah bebas tersebut mempunyai hubungan dengan pembolehubah
bersandar iaitu penswastaan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk
menganalisa perubahan tren pertumbuhan ekonomi kesan daripada penswastaan
yang dipengaruhi oleh pembolehubah bebas iaitu kekangan belanjawan kerajaan,
eksport, dan saiz firma. Keputusan yang diperolehi dari hasil kajian yang dijalankan
membuktikan hubungan antara pembolehubah bebas ke atas penswastaan di
Malaysia.