DSpace Repository

Pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia : satu kajian empirikal

Show simple item record

dc.contributor.author Norasmah Kassim
dc.date.accessioned 2018-11-22T02:10:45Z
dc.date.available 2018-11-22T02:10:45Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10529
dc.description.abstract Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan penyebab jangka panjang dan jangka pendek di antara pelaburan langung asing dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, kajian ini juga menganalisis tren pertumbuhan pelaburan langsung asing dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dalam tempoh 1980-2007. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian kointegrasi, ujian penyebab Granger dan ujian penyebab Granger jangka pendek (Wald). Keputusan diperolehi menunjukkan bahawa pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan jangka panjang tetapi dalam jangka pendek tidak mempunyai hubungan. Ujian penyebab Granger pula menunjukkan bahawa pelaburan langsung asing bukan penyebab kepada pertumbuhan ekonomi tetapi pertumbuhan ekonomi merupakan penyebab kepada pelaburan langsung asing iaitu mempunyai hubungan satu hala. Selain itu, hasil keputusan regresi menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah bebas iaitu, pelaburan langsung asing, pelaburan swasta, guna tenaga, eksport dan penggunaan kerajaan berhubungan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Hasil daripada dapatan kajian dapat mencadangkan bahawa kestabilan ekonomi dan peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negara dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk kekal melabur di Malaysia selain daripada insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada pelabur asing. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Norasmah Kassim en_US
dc.subject LP 34 FPE 2 2009 en_US
dc.title Pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia : satu kajian empirikal en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account