Abstract:
Penggunaan Kaedah Rasional dan perisian komputer HEC-RAS adalah penting dalam
menganalisiskan sistem perparitan yang sesuai untuk sesebuah kawasan penempatan.
Kajian projek ini tertumpu kepada perbandingan di kalangan beberapa kawasan di
Kuala Lumpur tentang sistem perparitan untuk mencegah kejadian banjir yang kerap
berlaku. Keamatan hujan, peta topografi, luas kawasan tadahan merupakan parameter
utama dalam mengawal keberkesanan kaedah rational. Tambahan pula, penggunaan
perisian HEC-RAS juga dapat mencipta sistem perparitan yang lebih sesuai daripada
data yang terdapat daiipada kaedah rational. Dengan menganalisiskan sistem
perpai·itan yang terdapat di kawasan kajian dapatlah menentukan punca-punca berlaku
kejadian banjir supaya clapat mengurangkan kejadian banjir yang kerap berlaku.