Abstract:
Kertas projek ini dijalankan adalah untuk menganalisis hubungan jangka panjang dan arah sebab-menyebab antara pelaburan awam dan pelaburan swasta ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia secara empirikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji impak pelaburan serta sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hasil keputusan yang dianalisis dengan model Granger telah menunjukkan
bahawa pelaburan awam mempunyai kesan positif dalam mempengaruhi pertumbuhan pendapatan negara. Di mana pelaburan awam ini bergantung kepada pelaburan dilakukan oleh kerajaan Malaysia daripada projek-projek yang diluluskan dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang. Untuk pelaburan swasta, ujian kointegrasi Johansen dapat menunjukkan kesan positif dengan pertumbuhan ekonomi negara. Model ujian ini diujikan dengan menggunakan data statistik Malaysia pada tempoh 1977 hingga 2007