| dc.description.abstract |
Buruh asing merupakan sebahagian input dalam proses pengeluaran. Kebanyakan firma menggunakan khidmat buruh asing disebabkan kos yang lebih murah dan mudah diekspoitasi. Maka penggunaan buruh asing menjadi satu keperluan dalam era globalisasi ini. Di Malaysia, masih tidak wujud kajian yang jelas bagaimana buruh asing memberi kesan kepada ekonomi sama ada positif atau negatif. Oleh itu kajian ini
dilakukan bagi menganalisis sejauh manakah pengaruh penggunaan buruh asing terhadap ekonomi Malaysia. Kajian 1n1 menganalis data ekonomi Malaysia menggunakan kaedah persamaan tunggal iaitu model regrasi. Tiga model dibentuk bagi menganalsis pengaruh buruh asing tehadap ekonomi Malaysia iaitu persamaan kadar pengangguran, persamaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan
persamaan guna tenaga. Keputusan kajian ini mendapati buruh asing memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan guna tenaga. Buruh asing juga berhubungan positif dengan kadar pengangguran. Waiau bagaimanapun, buruh asing didapati mempunyai kesan positif terhadap pertumbuhan produtiviti dan pertumbuhan KDNK |
en_US |