Abstract:
Program anak angkat ialah langkah terbaik dalam usaha mewujudkan hubungan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar lebih bertanggungjawab dan bersama-sama terlibat dalam kegiatan komuniti. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Raja, Che Ku Setia Long, berkata, mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjadi anak angkat kepada penduduk kampung perlulah mengambil pengalaman selama berada bersama keluarga angkat.