Abstract:
Golongan profesional merupakan golongan yang mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Golongan ini penting dalam pembangunan sesebuah negara. Di Malaysia juga golongan ini memaninkan peranan yang penting dalam memajukan ekonomi masyarakat.Dengan ini, suatu kajian telah dijalankan berkaitan
pendapatan profesional ini iaitu mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapatan di antara lelaki dan wanita. Kajian telah dijalankan di kawasan Sungai Siput, Perak bagi melihat persepsi profesional di kawasan ini terhadap faktorfaktor yang mempengaruhi perbezaan pendapatan mereka. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 91 orang profesional yang bekerja di kawasan Sungai Siput. Seterusnya, data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Science (SPSS) 11.5. Daripada keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa perbezaan pendapatan di antara lelaki
dan wanita profesional adalah berbeza disebabkan oleh faktor pengalaman kerja dan faktor taraf pendidikan.