DSpace Repository

Analisis peranan zakat terhadap pembangunan masyarakat di Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Emmy Nur Shuhada Ishak
dc.date.accessioned 2018-12-05T02:54:25Z
dc.date.available 2018-12-05T02:54:25Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11070
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana zakat berperanan dalam mengatasi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan di kalangan masyarakat di Kuala Terengganu. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengkaji trend atau corak agihan zakat kepada masyarakat di negeri Terengganu, mengkaji pertumbuhan ekonomi penerima zakat di Kuala Terengganu serta mengkaji keberkesanan agihan zakat dalam usaha membasmi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan masyarakat di Kuala Terengganu dengan menggunakan Keluk Lorenz, analisis pekali Gini dan analisis perbandingan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada penerima-penerima zakat bagi skim bantuan bulanan, sara hidup dan bantuan modal pemiagaan di sekitar Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sempel kajian. Tahap kemiskinan masyarakat di Kuala Terengganu telah dipilih sebagai pemboleh ubah bersandar manakala jumlah pendapatan responden sebelum dan selepas menerima zakat merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan zakat dalam membasmi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan di kalangan masyarakat di Kuala Terengganu masih lagi di tahap yang rendah. Namun begitu, hasil yang diperoleh daripada analisi perbandingan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menunjukkan bahawa zakat mampu untuk meningkatkan taraf hidup penerima-penerimanya sekaligus dapat membasmi masalah kemiskinan di dalam masyarakat di negeri Terengganu. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Keluk Lorenz en_US
dc.subject Model Pekali Gini en_US
dc.subject Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) en_US
dc.subject Keberkesanan Zakat en_US
dc.title Analisis peranan zakat terhadap pembangunan masyarakat di Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account