Abstract:
Kajian ini menganalisis hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara prestasi hutang luar dan pretasi makroekonomi Malaysia. Prestasi makroekonomi dalam kajian ini merujuk kepada hasil pendapatan kerajaan, imbangan pembayaran dan rizab kerajaan Malsysia. Dalam kajian ini, pendekatan siri masa ekonometrik berasaskan data berbentuk tahunan sepanjang tempoh 1988 hingga 2008 telah diguna pakai.
Penggunaan kaedah ko-integrasi dalam kajian ini berperanan untuk mengenal pasti hubungan jangka panjang. Sementara, kaedah penganggaran model vektor pembetulan ralat (VECM) pula diaplikasikan memperoleh hubungan dinamik jangka pendek. Hasil penemuan kajian menunjukkan kewujudan hubungan signifikan bersifat jangka panjang dan jangka pendek antara hutang luar dan pemboleh ubah makroekonorni kajian dengan 13 peratus penyelarasan bagi mencapai keseimbangan
dalam tempoh jangka panjang. Secara keseluruhan, hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa hutang luar Malaysia bersifat lebih 'mapan' dengan prestasi makroekonomi yang memberangsangkan, sungguhpun telah mengharungi pelbagai senario ketidakstabilan ekonomi dalam tempoh 2 dekad yang lalu