Abstract:
Kajian ini menganalisis kemeruapan indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat dan Malaysia bagi tempoh 30 tahun iaitu dari 1970 hingga 2008. Dalam kajian ini hanya satu pemboleh ubah iaitu indeks harga pengguna digunakan sebagai penentu insiden inflasi Amerika Syarikat dan Malaysia. Model ARIMA ataupun di kenali sebagai pendekatan Box-Jenkins digunakan dalam kajian ini bagi menentukan
kesinambungan IHP Amerika Syarikat dan Malaysia. Sebelum memilih model yang sesuai, ujian punca unit telah digunakan untuk menguji kepegunan dan mengenal pasti integrasi pada setiap pemboleh ubah. Kedua, untuk mendapatkan kemeruapan yang baik, kajian ini telah mengenal pasti tahap auto-korelasi (AR) dan pergerakan rawak
purata (MA) bagi keseluruhan data siri masa kajian untuk membentuk kombinasi AR dan MA yang dikenali sebagai model ARMA. Dalam kajian ini, ARIMA yang paling sesuai dipilih bagi kedua-dua negara kajian adalah bersamaan dengan ARIMA (3, 1,2). Secara keseluruhan, terdapat kemeruapan di antara IHP Amerika Syarikat dan Malaysia.