Abstract:
Kertas kerja ini mengkaji faktor penglibatan wanita dalam industri pembuatan kajian kes kajian: di Pasir Gudang . Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita yang dikhususkan dalam kajian ini iaitu faktor pendidikan, status perkhawinan dan pendapatan. Tujuan membuat kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor pendapatan, pendidikan dan status perkhawinan yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam industri pembuatan di Pasir gudang. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 100 orang pekerja wanita yang berkerja dalam sektor pembuatan di Pasir Gudang,Johor. Seterusnya, data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 11.5. Secara umumnya penemuan kajian telah menunjukkan bahawa faktor pendidikan, pendapatan dan status perkahwinan mempengaruhi penglibatan wanita dalam sektor pembuatan. Dapatan kajian juga mendapati elemen pendapatan merupakan elemen yang paling mempengaruhi penglibatan wanita.