Abstract:
Zakat pendapatan (zakat al-mal al-mustafad) bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas (apa-apa upah yang diterima oleh seseorang daripada majikan sebagai balasan perkhidmatan (kerja) yang dibenarkan oleh syarak). Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan
bagi melihat kesan zakat pendapatan terhadap kecenderungan mengguna marginal umat Islam di daerah Batu Pahat, Johor dimana, wujud sesetengah individu muslim berpendapat bahawa pembayaran zakat pendapatan hanya akan menghilangkan kemampuan untuk berbelanja. Dengan menggunakan data primer yang diperoleh
daripada soal selidik yang dijalankan, kajian ini menggunakan dua spesifikasi model penggunaan keynes sebagai asas kajian. Hasil kajian mendapati kecenderungan mengguna marginal umat Islam mengalami peningkatan walaupun setelah membayar zakat pendapatan dimana ia menunjukkan bahawa pembayaran zakat mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi nilai MPC serta wujudnya hubungan yang positif antara pendapatan boleh guna dan tingkat penggunaan isi rumah iaitu
apabila pendapatan boleh guna meningkat maka penggunaan individu juga turut meningkat.