DSpace Repository

Analisis penentu-penentu perbelanjaan kesihatan di Malaysia serta pengaruhnya terhadap tahap sisiodemografi masyarakat setempat

Show simple item record

dc.contributor.author Rosnah Nordin
dc.date.accessioned 2019-01-01T04:24:25Z
dc.date.available 2019-01-01T04:24:25Z
dc.date.issued 2010
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11102
dc.description.abstract Perbelanjaan kesihatan banyak memberi impak kepada tahap sosiodemografi masyarakat setempat dan taraf kesihatan di negara ini juga telah meningkat dengan ketara hasil daripada komitmen dan sokongan padu kerajaan yang menganggap kesihatan sebagai satu tanggungjawab sosial. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu-penentu perbelanjaan kesihatan di Malaysia serta pengaruhnya terhadap tahap sosiodemografi masyarakat setempat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan penduduk Malaysia pada masa kini, selain itu mengkaji pengaruh kesihatan terhadap produktiviti pekerja, serta untuk mengetahui peruntukan perbelanjaan kesihatan yang diperlukan untuk menampung pesakit dan menganalisis peruntukan perbelanjaan kesihatan apabila usia meningkat. Kajian dari Theo Hitiris & John Posnett, (1992) melalui kaedah SPSS yang membuktikan perbelanjaan kesihatan per kapita berhubung positif dengan GDP per kapita dan kadar kematian berhubung negatif dengan perbelanjaan kesihatan per kapita. Manakala, kajian oleh Ramesh Govindaraj, Gunaraj Chellovaj & Christopher J.L. Murray, (1997) menggunakan model regrasi berbilang melalui kaedah SPSS hasilnya adalah perbelanjaan kesihatan per kapita bagi sektor awam dan swasta adalah positif dan berhubung kait dengan pendapatan per kapita. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui data sekunder iaitu data sedia ada yang diperoleh melalui bacaan atau rujukan melalui laporan kesihatan dan laporan rasmi kerajaan. Semua data yang diperoleh dianalisis menggunakan model regrasi berbilang serta kaedah ekonometrik menggunakan perisian Statistical Package For The School Social (SPSS). Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud kesan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan apabila KDNK meningkat dan usia penduduk yang melebihi 65 tahun ke atas akan menyebabkan perbelanjaan kesihatan turut meningkat. Sebagai kesimpulan, kajian ini menyarankan beberapa program dan strategi yang boleh dijalankan bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia dan usaha-usaha ini akan dapat mengurangkan perbelanjaan kesihatan di Malaysia. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Penentu-Penentu Perbelanjaan Kesihatan en_US
dc.subject Kaedah SPSS en_US
dc.title Analisis penentu-penentu perbelanjaan kesihatan di Malaysia serta pengaruhnya terhadap tahap sisiodemografi masyarakat setempat en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account