| dc.description.abstract |
Penawaran wang adalah antara isu yang hangat dibahaskan di padimen pada hari ini. Isu ini bukan sahaja menjadi topik para pembangkang, tetapi juga merangkumi ketidakpuasan hati rakyat Malaysia. Ramai yang beranggapan bahawa peningkatan penawaran wang yang dibuat
oleh kerajaan adalah punca utama krisis ekonomi yang melanda negara kita saat ini. Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut. Kajian ini menguji kesan penawaran wang dan inflasi ke atas indeks harga pengguna
dengan menggunakan data tahunan 1980-2008. Selain itu, kajian ini juga akan mengupas hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara penawaran wang dan kuasa beli pengguna di Malaysia dengan pendekatan Engel-Granger serta ko-integrasi Johansen. Selain itu, kami juga
menggunakan kaedah disemai lag menggunakan versi ECM yang diaplikasikan menggunakan pendekatan Walter Enders. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati bahawa penawaran wang yang dibuat tidak mempunyai hubungan dengan indeks harga pengguna. Walaupun kerajaan
meningkatkan penawaran wang dalam negara,ia tidak akan memberi kesan terhadap ekonomi dan indeks harga pengguna. Dalam pada itu, kami juga mendapati bahawa krisis ekonomi yang melanda negara ini adalah disebabkan oleh faktor lain seperti dasar keterbukaan Malaysia dalam perdagangan antara bangsa. |
en_US |