DSpace Repository

Penilaian ekonomi rekreasi di Pantai Teluk Batik, Perak Darul Ridzuan

Show simple item record

dc.contributor.author Tan Say Loang
dc.date.accessioned 2019-01-01T07:09:17Z
dc.date.available 2019-01-01T07:09:17Z
dc.date.issued 2010
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11108
dc.description.abstract Penilaian bukan pasaran bagi sumber asli, ekosistem dan alam sekitar merupakan salah satu topik yang hangat diperdebatkan dalam kesusasteraan ekonomi ekologi kebelakangan ini. Kertas kerja ini berdasarkan kajian di mana nilai bukan pasaran bagi perkhidmatan termasuk dalam ekosistem. Teknik penilaian alam sekitar dikenali sebagai Kaedah Kos Perjalanan (TCM) yang dlgunakan untuk mengukur aliran perkhidmatan rekreasi bagi pantai yang terkenal dalam negeri Perak iaitu pantai Teluk Batik. Model digunakan untuk mengukur nilai ekonomi bagi nilai penggunaan semasa aktiviti rekreasi di pantai Teluk Batik. Sebanyak 50 pengunjung yang diselidik. Nilai purata lebihan pengguna bagi setiap pengunjung pada satu keanjalan adalah sebanyak RM 6.80 per kunjungan. Jumlah manfaat ekonomi yang sebenar adalah sebanyak RM13600. Keputusan ini menunjukkan bahawa pengunjung secara purata sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan rekreasi di Pantai Teluk Batik. Dalam kajian ini, nilai penggunaan semasa dan nilai pasif telah diukur dengan menggunakan Kaedah Kos Perjalanan (TCM). Kesemua keputusan menunjukkan bahawa penilaian ekonomi di pantai Teluk Batik adalah sangat baik. Oleh itu, pertindungan dan pemuliharaan bagi sumber adalah penting dan tindakan harus diambil bagi mengekalkan alam semulajadi melalui polisi sumber asli. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Penilaian Ekonomi en_US
dc.subject Pantai en_US
dc.subject Kaedah Kos Perjalanan en_US
dc.title Penilaian ekonomi rekreasi di Pantai Teluk Batik, Perak Darul Ridzuan en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account