Abstract:
Industri akuakultur di Malaysia menjadi antara penyumbang terhadap KDNK Negara pada masa kini. Kewujudan industri ini mampu menampung keperluan bekalan ikan di Malaysia disebabakan kepupusan sektor perikanan merin akibat penerokaan sumber perikanan yang berlebihan. Kemajuan terhadap teknologi membolehkan industri akuakultur ini terus aktif dan dapat bersaing secara kompetitif bagi memperkukuhkan lagi prestasi industri ini. Kajian yang dilakukan bertujuan menganggar kecekapan dan produktiviti pengeluaran akuakultur dalam tempoh masa
kajian dari tahun 2005 hingga 2007 bagi negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan beberapa jenis ternakan seperti ternakan ikan air tawar dan payau serta mengambilkira beberapa kaedah ternakan seperti ternakan dalam kolam dan juga ternakan dalam sangkar. Bagi mencapai objektif kajian ini kaedah DEA digunakan
melalui Analisis Skor Kecekapan dan juga Analisis Unjuran Kecekapan CCR dan BCC Input. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa kecekapan pengeluaran yang baik mampu meningkatkan potensi dan menyumbang terhadap KDNK negara.