Abstract:
Pelancongan merupakan salah satu sektor utama yang memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelancongan adalah sektor perkhidmatan yang berkembang dengan cepat seiring dengan perkembangan ekonomi global serta menjadi sumber pendapatan utama negara. Ofeh itu, matlamat utama kajian ini
dijalankan adalah untuk menganalisis pengaruh kemeruapan indeks harga pengguna (IHP) terhadap pola kehadiran pelancong dari Asia Timur ke Malaysia. Kajian ini menggunakan data bulanan sepanjang tempoh Januari 1995 hingga Disember 2008 dengan menggunakan pendekatan model ARMA-ARIMA untuk menganalisis kemeruapan IHP dan pelancong dari Asia Timur ke Malaysia. Hasil kajian ini juga
membuktikan bahawa terdapat trend bermusim dalam polarisasi kehadiran pelancong Asia Timur ke Malaysia. Malah, basil kajian ini juga menunjukkan terdapat beberapa faktor yang berlaku sepanjang tempoh 1995 hingga 2008 yang mendorong tahap kemeruapan kehadiran pelancong, antaranya adalah pandemik SARS, tragedi 11
September, pengeboman di Bali IHP mempunyai kombinasi ARIMA yang stabil iaitu ARIMA(l,1,1) dan ARIMA(2,1,1). Ini membuktikan pengaruh kemeruapan IHP mempunyai kesan langsung terhadap pola kehadiran pelancong Asia Timur ke Malaysia sepanjang tempoh kajian ini.